Visi

Syarikat Visi Ilmu ditubuhkan pada tahun 2009 dan menjalankan kursus, bengkel serta perundingan dalam bidang pengurusan perniagaan kecil dan keusahawanan termasuk pengurusan sumber manusia, perakaunan/kewangan, komunikasi korporat, ISO, francais, pemasaran melalui Internet dan blogshop.

Visi Ilmu menumpukan usaha dalam menyediakan program untuk perniagaan kecil kerana masih terdapat kekurangan bahan serta tempat rujukan untuk usahawan dan juga mereka yang berminat menjalankan perniagaan kecil.


 

PERUNDING

MAZLAN MOHAMAD

En. Mazlan mempunyai kelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Ekonomi (Kewangan).

Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun di syarikat swasta di dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, sekretarial, perundangan, tadbir urus korporat, pembangunan perniagaan, korporat komunikasi dan sumber manusia.

Melalui Visi Ilmu, beliau kini menumpukan usaha dalam pembangunan modul-modul latihan keusahawanan dan juga modul-modul kursus khas untuk perniagaan kecil bagi membantu membimbing usahawan-usahawan sedia ada dan juga individu-individu yang merancang menceburi bidang peniagaan.

ZAMRI AMINUDDIN

En. Zamri adalah Pengurus Pusat Pendidikan Berterusan UIAM (ICCE) dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang pendidikan dengan memegang beberapa jawatan penting di beberapa Institut Pengajian Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Berkelulusan dalam bidang perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau juga adalah penterjemah bebas dan pernah mengikuti kursus asas terjemahan Institut Terjemahan Negara (ITNM). Beliau juga terlibat dalam kerja-kerja terjemahan beberapa buku akademik dan manual bagi beberapa entiti dan institusi pendidikan.

Selain itu beliau juga mempunyai lebih 12 tahun pengalaman di dalam bidang jualan dan merupakan penulis buku Mengapa Gagal Menjual dan Mengajar Jurujual Menari.

RIDZUAN MOHAMAD

Bermula sebagai seorang usahawan SOHO (Small Office Home Office), En. Ridzuan merupakan pengasas Syarikat Sprint Marketing Concept (SMC), sebuah syarikat perunding yang berdaftar di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau mempunyai gabungan pengalaman selama 20 tahun dalam bidang perbankan, pengurusan, pemasaran dan pembangunan francais tempatan serta luar negara.

Berkelulusan di dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), En. Ridzuan mempunyai berpegalaman luas dalam perniagaan francais. Di bawah PNS, beliau telah menjadi perunding dalam membangunkan sistem francais untuk perniagaan-perniagaan tempatan terutamanya yang berasaskan makanan/minuman.

Di samping itu, En. Ridzuan turut berkelayakan dalam membantu perniagaan membangunkan sistem ISO 9001:2000 serta prosuder operasi standard (S.O.P).

Beliau juga merupakan penulis  buku Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda ke Arah Kejayaan yang diterbitkannya sendiri.

ZAMRI MOHAMAD

Mempunyai kelulusan dalam bidang Komunikasi Korporat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), En. Zamri merupakan penulis sepenuh masa yang mendapat liputan akhbar dan majalah seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, KOSMO, Malay Mail, Berita Harian, Sinar Harian, Millenia Muslim dan siri majalah Dewan Bahasa.

Sehingga kini beliau telah menulis lebih dari 17 buah buku dalam pelbagai bidang antaranya Rahsia Bisnes Mamak, Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan YouTube, Pengurusan Konflik Secara StreetSmart dan Urus Bisnes Dengan Google.

Beliau kini aktif dalam mengadakan bengkel-bengkel berkaitan perniagaan kecil seperti bengkel pemasaran internet perniagaan kecil, bengkel penulisan skrip jualan dan bengkel Blogshop untuk bisnes kecil. Beliau juga menganjurkan bengkel berkaitan penulisan seperti bengkel penulisan rencana dan berita, bengkel dari blog menjadi buku bestseller dan bengkel menjadi penulis untuk bisnes anda