Program

1. ASAS PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BISNES KECIL

'3M- Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja Pertama Bisnes Anda, Aset Utama Bisnes Anda'

 - Kandungan seminar ini disusun khas untuk keperluan bisnes kecil dan peserta akan didedahkan kepada teknik asas merancang sumber manusia termasuk penilaian calon pekerja, temuduga, menetapkan terma dan syarat kerja dan beberapa peruntukan penting dalam Akta Pekerjaan yang perlu diketahui
- Peserta akan diberikan contoh-contoh dokumen yang berkaitan seperti surat tawaran pekerjaan, terma dan syarat pekerjaan, borang cuti dan borang tuntutan perjalanan, yang boleh digunapakai untuk kegunaan bisnes mereka
- Antara yang akan dipelajari oleh peserta :
  • Langkah-langkah yang perlu dilaksana sebelum mencari pekerja antaranya menilai keperluan bisnes,  menetapkan skop pekerjaan dan gaji dan menilai calon pekerja
  • Bagaimana menghasilkan terma dan syarat pekerjaan (terms and conditions) yang mudah tapi komprehensif dan menepati keperluan Akta Pekerjaan
  • Kaedah pemberhentian pekerja yang tepat dan keadaan yang membenarkan pemberhentian pekerjaan dilakukan
  • Memahami kaedah pengurusan pekerja dari 3 generasi yang berbeza : Babyboomers, Generasi X dan Generasi Y

2. ASAS PENGURUSAN ALIRAN TUNAI BISNES KECIL
    (sesuai untuk yang tiada asas perakaunan/kewangan)


'Aliran tunai, nadi bisnes anda....Ketahui mengapa bisnes yang masih catat keuntungan terpaksa berhenti beroperasi dan pelajari bagaimana bisnes yang catat kerugian masih boleh bertahan'


 - Kandungan seminar ini disusun khas untuk keperluan bisnes kecil dan peserta akan didedahkan kepada kaedah asas pengurusan aliran tunai bisnes yang efektif bagi mengelakkan perjalanan bisnes terjejas kerana kerana kekurangan tunai.
- Antara yang akan dipelajari oleh peserta :

  • Perbezaan antara untung rugi dan aliran tunai masuk dan keluar
  • Empat prinsip pengurusan tunai dan kitaran aliran tunai
  • Bagaimana menggunakan aliran tunai untuk mengenalpasti masalah yang akan dihadapi bisnes
  • Teknik mempercepatkan aliran tunai masuk ke dalam bisnes dan kaedah membuat unjuran aliran tunai yang mudah
  • Bagaimana mengurus penghutang sebelum ia menjadi masalah yang lebih besar hingga menjejaskan bisnes anda
 Visi Ilmu juga mengendalikan kursus/bengkel untuk latihan dalaman syarikat (in-house training).